Friday, February 10, 2012

Taujihad 2 (RUKUN BAI'AH)


RUKUN BAI’AH

1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat
                                                   Sumber : janjuaalng.wordpress.com/rukun-tarbiyyah/

Monday, October 17, 2011

"Taujihad 1"

Taqwa adalah senjata yg paling berkesan untuk menghadapi apa jua bentuk konspirasi musuh yang menentang islam..(Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi)

"Sesungguhnya Allah mencintai org yg brperang di jalanNya dlm barisan yg teratur, mrk seakan-akan sprti suatu bangunan yg kukuh"as-saff : 4

Wahai muslimin, aq menyeru kpdmu, jgn engkaulah risau, gentar mahupun takut akan ancaman2 disekelilingmu, sesungguhnya kamu tdk keseorangan selagi mana kamu berada brsama2 dlm perjuangan ini, jgn takut untuk mengorbankan hartamu, masamu, ya muslimin, yakinlah kpd Allah, sesungguhnya Allah akan membantu kt dalam mendaulatkan syariat islam ini...

Ya muslimin, org yg trdahulu drpd kt telah mengetahui dn memahami sefaham-fahamnya bhawa dakwah mrk tdk akan menang kecuali dgn jihad, pengorbanan, menyerahkan nyawa dn harta benda, lantas dgn itu mrk mnyerahkan diri mrka dn mnyerahkn harta mrk.  Mrk berjihad pd jalan Allah dgn jihad yg sebenar2nya.  Mrk mndengar seruan Allah dlm surah at-Taubah pd ayat 24 :

"Katakanlah, jk bapa-bapa, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakn, prniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tmpat tinggal yg kamu sukai adlh lbh kamu cintai drpd Allah dan rasulnNya dn drpd berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya, dn Allah tdk mmberikan petunjuk kpd org2 munafik"
Ya muslimin, bersabarlah sesungguhnya perjuangan ini sgt lama, pengorbanan kt adalah kemengan untuk islam ini..."(Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi)